Rahsia Di Sebalik Rahsia

Wednesday, June 18, 2008

Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul.

"Ayah, Shahrul mahu melamar saya" kata Zuraini.

"Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!" Kata ayahnya dengan nada tinggi,
"Kau boleh kawin dengan siapa saja asal jangan Shahrul..."

"Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?" Tanya Zuraini

Sambil berbisik...ayahnya memberitahu...
"Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau."

Zuraini terkejut... lalu pergi mencari emaknya.

"Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul?" tanya Zuraini kepada emaknya.

"Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul..." emaknya menjelaskan.

Zuraini hairan bercampur gembira..
"Kata ayah Shahrul itu abang saya...?"

"Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya."

Noda-Noda Hitam

Tuesday, June 17, 2008


Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Tauke Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Tauke Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.

Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang. Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.

Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis. Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. Entah berapa kali jam ditangan direnunginya..

Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain-lain. Jack, Poie dan si gemuk itu.. Agi.

Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. Dari tangan ke tangan aku berpindah. Aku dikucup, diisap, diramas sepuas-puasnya. Aduhh!!! Aku tak mampu lagi menahannya.. Seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. Tubuhku di kecap mereka sepuas hati..Dan akhirnya, setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumban di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..Begitulah kisah ku.. AKU SEPUNTUNG ROKOK


Awek AF

Saturday, June 14, 2008


Hari Khamis baru ni..Aku kene g tempat customer kat Mid Valley,dengan kawan aku sorang untuk setelkan masalah komputer dia.. (kat megakidz tingkat atas,area food court)..Dengan penuh tekun aku ngan member aku tu buat keje..sampai berpeluh2..

Tu satu bab..Masa kitorang nak balik..turun ikut escelator..tak silap masa tu parking kat area P1..Masa kitorang sampai kat tingkat G,member aku ternampak satu group awek..(member aku ni dah ada anak pun..tapi mata leh tahan)..N dia pun terus mintak henset aku..dia cakap nak amik gambar awek tu..aku pun bagila..Tapi masa tu tobat aku taktau minah tu sapa..Aku perasan pun masa kawan aku bg salam kat diorang n cakap nak mik gambar..Masa kawan2 minah ni semua ke tepi..baru aku tau dia ni Heliza AF..

p/s:-Sebenarnya aku tak minat AF mahupun Heliza..tapi dah ada gambar dia ni..wat jela entri..uhuk!~

Penatzzz...

Tuesday, June 10, 2008


Petang tadi,balik keje..tgk kete dah rupa macam mesin padi..sik kene debu,ujan lagi..balik keje basuh la cik bibah ni..Tapi kene basuh mamat 2 tayar tu gak..kang dia merajuk..

Sungguh penat..

Kepada yang mengetag aku..Aku utang dulu..Penat nih..uhuhu!!~ (dah 4 tag tak balas lagik)..


Bizi..Bizi..Bizi..

Wednesday, June 04, 2008

Bizi untuk beberapa hari..Ada projek besar menanti..Networking untuk sebuah cybercafe di Wangsa Maju..

Nantikan kemunculan entri aku..Beberapa hari lagi..Eheh!~